catatan: bila nak berjaya, berubah, buat baik???

Wednesday, June 10, 2009


kita sering melihat kejayaan orang lain dan kita juga sering memuji kejayaan orang lain tanpa mengetahui bahawa orang yang berjaya itu adalah insan biasa yang berusaha secara luar biasa. kita sering mengukapkan " tak apelah dia pandai", " nak wat camna rezeki dia", "ala, aku ini tak pandai macam dia.....dan pelbagai lagi alasan orang yang malas membuat anjakan perubahan di dalam diri sendiri. kita sepatutnya menanam sikap "cemburu positif" terhadap kejayaan orang lain. sekiranya dia mampu mengapai kejayaan tersebut, aku pun mampu juga malahan aku ingin lebih berjaya daripada dia.

kita sering mengharapkan perubahan yang panjang di dalam diri kita sebagai manusia yang senantiasa terdedah dengan gelombang godaan duniawi. ya, aku teringat kata-kata mentorku sewaktu beliau memberi ceramah, kata beliau: " ingatlah, apabila seseorang itu hendak berubah,cabaran yang pertama perlu dihadapinya ialah orang yang paling hampir dengannya''. aku mengkaji, menganalisis kata-kata ini secara mendalam.akhirnya kutemu jua jawapannya. sebenarnya, seseorang yang melakukan perubahan yang mendadak akan mengejutkan ramai rakan-rakan kenalannya. mereka inilah cabaran pertama yang perlu ditempuhi. "apala, baru balik dari program 3 hari,sudah nak tunjuk baik, poyo la kau ni!!!...ini adalah ungkapan yang mampu melemahkan semangat seseorang yang ingin berubah. jadi, pada pandanganku, perubahan perlukan kekuatn mental yang mendalam. ramai manusia yang berubah sekerat jalan. malamnya bertahajud, bertaubat meninggalkan dosa ,siangnya mengulanginya kembali. bak kata pepatah: hangat-hangat tahi ayam.

aku sering melihat ramai orang berusaha melakukan kebaikan, tanpa berwaspada dengan kejahatan. ibarat robin hood yang mencuri harta raja, dan memberikannya kepada golongan miskin. kita sebagai manusia wajar sedar bahawa berwaspada terhadap mungkar dan kejahatan juga merupakan kebaikan kerana seribu kebaikan yang dilakukan, tiba-tiba terselit satu kejahatan, yang dikenang orang hanya satu kejahatan tersebut, bukan seribu kebaikan itu. fikir-fikirkanlah.

kesimpulan, kita sering melihat orang lain merebut peluang kejayaan daripada kita...bila pula kita yang akan menikmati kejayaan tersebut??? kita sering mengharapkan perubahan..adakah perubahan kita berkekalan????kita sering melakukan kebaikan....adakah semuanya kebaikan hakiki???.....buka minda,tanya diri kita....

- sekadar paparan minda ibnu Umar At-Takyi.....

0 comments:

Post a Comment