Sepohon Semalu dan wanita

Tuesday, May 26, 2009


Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berda di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama: pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua: semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlulah tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga: semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH S.W.T.

Keempat: semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

- nah, satu persoalan yang mesti direnungi para muslimah, siapakah idola antunna semua???angelina jolie??karisma kapoor??............ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

catatan: peringatan untuk wanita

Monday, May 25, 2009

روحنا فداك يا فلسطين

Thursday, May 21, 2009

هذه القصيدة أنشدها إلى المجاهدين في فلسطين... دمكم اشتراه الله شهيدا

(روض الأقصى )

روض الأقصى ما أحلاه

أنا برعوم فوق رباه

جيش الأقصى ما أقواه

أنا جندي أحمي حماه

ترب الأقصى ما أغناه

روحي فداه... روحي فداه

Peristiwa A dan B

Wednesday, May 20, 2009
Hari ini hatiku terdetik untuk berkongsi dua peristiwa yang mana situasinya sama tetapi status pelakunya berbeza. Bukan berniat membuka aib mana2 pihak atau bersembang lucah tetapi ini adalah hakikat yang ingin dikongsi bersama.
Begini, peristiwa A berlaku ketika mana aku melangkah keluar dari pintu pusat membeli belah Jusco. Kektika itu aku baru sahaja pulang dari program di Pulau Pangkor.saja lepas kan penat lelah ke Jusco sebentar.lagipun hendak mengurangkan sikit duit “gaji program” membeli barang keperluan. Bukan itu yang aku nak bualkan. Sewaktu hendak melangkahkan kakiku ke teksi, aku terpandang dua sosok bermadu cinta di bawah sinaran lampu jalan. Aku sedih, geram dan … apabila tanpa segan silu kedua-duanya “bercumbuan” di khalayak ramai! Aku berada di “London” kah? Mana mungkin aku baru saja pulang dari Pulau Pangkor!!!!!!!
Peristiwa B pula berlaku selang beberapa minggu selepas peristiwa A. Apabila sepasang suami isteri bercumbuan (bercium pipi) di khalayak ramai sewaktu si isteri merengek manja untuk berpisah dengan si suami kerana urusan kerja. Ya, aku mengenali status mereka sepasang suami isteri kerana terpandang anak perempuan mereka.
Kesimpulannya, kedua2nya melakukan perkara yang sama (bercumbuan) di khalayak ramai, Cuma yang membezakan ialah status pelakunya di mana peristiwa A terang lagi bersuluh adalah salah di sisi moral dan agama kerana bukan muhrim. Tetapi persoalan yang hendak dilontarkan di sini serta menanti jawapan antum semua ialah: “ apakah pendapat antum mengenai perlakuan bercumbuan melibatkan pasangan yang sudah berkahwin DI KHALAYAK RAMAI??????-jangan lupa tinggalkan sedikit pandangan untuk dikongsikan bersama.
(peristiwa ini tidak ada kena mengena dengan unsur2 kelucahan sekadar pengamatan penulis-Ibn Umar At-Takyi)

DO YOU WANT TO FINISH READING THE HOLY QURAN THIS MONTH?????!!!

Tuesday, May 19, 2009

All what you have to do is to read 4 pages after each prayer…
Check this out:
4 pages X 5 prayers X 30 days = 600 (the whole Quran)
WOW!!!
I never knew it was that easy to read the whole Quran every month by spending few minutes after each prayer.
What an investment!!!
If you are in a real hurry you can finish reading it once every 2 months by reading just 2 pages after each prayer…
Can you believe that?!!
And remember…
Each letter you read in the holy Quran counts 10 Hasanat…
What about a word?
What about a line?
What about a page?
What about a part?
What about the whole Quran?
Abu Umamah (May Allah be pleased with him) reported: I heard the messenger of Allah (PBUH) saying : “ read Quran, for it will come as an intercessor for its reciters on the day of resurrection“. (Muslim)
Umar bin al-Khattab (May Allah be pleased with him) reported: the prophet (PBUH) said: “Verily, Allah elevates some people with this Quran and abases others”. (Muslim).

SO, WHAT ARE WE WAITING FOR? LET US GRAB THIS GOLDEN OPPURTUNITY!!!!!!!!

JEMPUTAN WALIMATUL URUS









salam...kepada rakan2 (smuk, uia) yang mengenali sy (mohd safuan fatih bin umar) anda dijemput ke majlis walimah abang sy (mohd mustakim bin umar) pd 7.6.2009, hari ahad, di alamat:

no.9, rumah staf, felcra berhad kawasan paya laman, 28500 lanchang pahang darul makmur

semoga dengan kehadiran rakan2 sekalian akan memeriahkan lagi majlis dan diberkati oleh ALLAH S.W.T

SEMOGA KEDUA-DUA MEMPELAI BERBAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.ameen ya rabbal alamin

catatanku

salam...sudah lama jari aku ini tidak bergerak untuk menulis...terasa seperti jari robot pun ada...tulus aku katakan memang dari dulu semenjak sekolah rendah,menengah hingga sekarang subjek yang paling tidak disukai adalah penulisan.....mugkin aku lebih suka bercakap memberi ceramah berbanding bidang ini, aku seolah2 beku idea apabila memegang pen untuk menulis, justeru semoga para penziarah lamanku ini dapat melontarkn sedikit pandangan, teguran di samping mengambil sedikit manfaat darinya......
antum adalah mentor ku......tunjuk ajarku sifu