PELANGI KESUKAANNYA

Wednesday, April 21, 2010


Tirai malam melabuh sepi.Hujan disertai guruh melanda. Dirinya gementar ketakutan. Tidurnya direntap bunyian dentuman guruh. Ibunya dicari untuk menumpang baring melontar jauh ketakutan yang menyelubungi.
Mata dipejam rapat. Diri dipaksa merasai nikmat tidur. Ibu di sebelah rancak berdengkur. Akhirnya dirinya lena jua kembali membuai mimpi.
Pagi datang mengambil alih tugas malam. Bilah sinaran mentari menjengah matanya. Kelopak dibuka.mulut menyusuli syukur kepada Ilahi nikmat hidup kembali dirasai. Memandang keluar. Di sudut dunia terhias indah lengkungan pelangi kesukaannnya.
Wah, kebesaran tuhan tiada tandingannya. Lalu dihitung warna pelangi. Ah, dirinya menyukai semua warna pelangi….jauhnya pelangi, kilauan indahnya sahaja dapat dinikmati mata, hendak dipegang jauh sekali… nikmat tuhan ini akan dihargai….kerana itulah pelangi kesukaannya…..


- Dugaan ibarat hujan berguruh yang datang sementara. Bila tiba, manusia terngadah mencari pertolongan. Tetapi sementara sahaja.
- Pelangi ibarat kebahagiaan yang dikecapi selepas Berjaya mengharungi dugaan. Namun pelangi juga bersifat sementara. Dugaan bakal menjelang tiba.
- Pelangi juga ibarat suatu nikmat yang kadang manusia hanya boleh memandang dari jauh tanpa boleh memilikinya.

mana milikmu???

Tuesday, April 20, 2010

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita..selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan..lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor,tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih,kemudian barulah diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..hingga tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca..tiada nilainya lagi..kita tiada pilihan selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan bersih,elok tnpa kekotoran dosa,maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita..iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa,Allah akan 'basuh' kita sebersih bersihnya dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya,sehingga x dpt dibezakan antara iman dgn kufur,maka Allah x akan teragak agak utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yg hina buat selamanya..ibarat pinggan yg pecah,tiada bernilai lagi...

kembara sufi: golongan manusia di akhirat

Saturday, July 25, 2009


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada
waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah
dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
- semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang ke dua belas.amin ya Rabbal A'lamin.

KEMBARA SUFI: 5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Thursday, July 16, 2009


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

• Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
• Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
• Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
• Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
• Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

KEMBARA SUFI: LIMA SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Thursday, June 18, 2009
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

-IBN UMAR ATTAKYI: insan berdosa mendambakan secebis keampunanMU YA RABBI

kembara sufi: PUISI HIDAYAH

Tuesday, June 16, 2009


Demi masa…..
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
Lalu teramat rugilah rasanya aku
Amalku sekelumit cuma
Sedang usia telah kuhabiskan sesuku abad

Ya Ilahi,
Apakah kan ku punya zuriat yang soleh?
Buat mendoakan rohku dan menghadiahkan Fatihah buatku nanti?
Sedang di zaman ini jarang terdapat anak-anak yang pandai mengaji
Demi masa yang terus berlalu
Akan adakah yang mengajarku kalimah Syahadah waktu rohku akan berlalu?
Atau adakah aku akan mati kesepian, bersendirian

Ya Ilahi,
Akhir-akhir ini ku soal diriku
Pernahkah aku berpesan-pesan kepada kebenaran?
Dan pernahkah aku berpesan-pesan kepada kesabaran?
Malangnya tiada dapat ku jawab soalan itu
Kerana penilaian adalah di tanganMu!


Taubat hanya akan diterima dengan syarat:

 Menghentikan maksiat.
 Menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur.
 Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah.
 Taat kepada Allah dan menyelesaikan urusan yang ada hubungan dengan manusia.

KEMBARA SUFI: Lelaki, Kucing & Ahli sufi


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??" Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA." Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.......