PELANGI KESUKAANNYA

Wednesday, April 21, 2010


Tirai malam melabuh sepi.Hujan disertai guruh melanda. Dirinya gementar ketakutan. Tidurnya direntap bunyian dentuman guruh. Ibunya dicari untuk menumpang baring melontar jauh ketakutan yang menyelubungi.
Mata dipejam rapat. Diri dipaksa merasai nikmat tidur. Ibu di sebelah rancak berdengkur. Akhirnya dirinya lena jua kembali membuai mimpi.
Pagi datang mengambil alih tugas malam. Bilah sinaran mentari menjengah matanya. Kelopak dibuka.mulut menyusuli syukur kepada Ilahi nikmat hidup kembali dirasai. Memandang keluar. Di sudut dunia terhias indah lengkungan pelangi kesukaannnya.
Wah, kebesaran tuhan tiada tandingannya. Lalu dihitung warna pelangi. Ah, dirinya menyukai semua warna pelangi….jauhnya pelangi, kilauan indahnya sahaja dapat dinikmati mata, hendak dipegang jauh sekali… nikmat tuhan ini akan dihargai….kerana itulah pelangi kesukaannya…..


- Dugaan ibarat hujan berguruh yang datang sementara. Bila tiba, manusia terngadah mencari pertolongan. Tetapi sementara sahaja.
- Pelangi ibarat kebahagiaan yang dikecapi selepas Berjaya mengharungi dugaan. Namun pelangi juga bersifat sementara. Dugaan bakal menjelang tiba.
- Pelangi juga ibarat suatu nikmat yang kadang manusia hanya boleh memandang dari jauh tanpa boleh memilikinya.

0 comments:

Post a Comment