Peristiwa A dan B

Wednesday, May 20, 2009
Hari ini hatiku terdetik untuk berkongsi dua peristiwa yang mana situasinya sama tetapi status pelakunya berbeza. Bukan berniat membuka aib mana2 pihak atau bersembang lucah tetapi ini adalah hakikat yang ingin dikongsi bersama.
Begini, peristiwa A berlaku ketika mana aku melangkah keluar dari pintu pusat membeli belah Jusco. Kektika itu aku baru sahaja pulang dari program di Pulau Pangkor.saja lepas kan penat lelah ke Jusco sebentar.lagipun hendak mengurangkan sikit duit “gaji program” membeli barang keperluan. Bukan itu yang aku nak bualkan. Sewaktu hendak melangkahkan kakiku ke teksi, aku terpandang dua sosok bermadu cinta di bawah sinaran lampu jalan. Aku sedih, geram dan … apabila tanpa segan silu kedua-duanya “bercumbuan” di khalayak ramai! Aku berada di “London” kah? Mana mungkin aku baru saja pulang dari Pulau Pangkor!!!!!!!
Peristiwa B pula berlaku selang beberapa minggu selepas peristiwa A. Apabila sepasang suami isteri bercumbuan (bercium pipi) di khalayak ramai sewaktu si isteri merengek manja untuk berpisah dengan si suami kerana urusan kerja. Ya, aku mengenali status mereka sepasang suami isteri kerana terpandang anak perempuan mereka.
Kesimpulannya, kedua2nya melakukan perkara yang sama (bercumbuan) di khalayak ramai, Cuma yang membezakan ialah status pelakunya di mana peristiwa A terang lagi bersuluh adalah salah di sisi moral dan agama kerana bukan muhrim. Tetapi persoalan yang hendak dilontarkan di sini serta menanti jawapan antum semua ialah: “ apakah pendapat antum mengenai perlakuan bercumbuan melibatkan pasangan yang sudah berkahwin DI KHALAYAK RAMAI??????-jangan lupa tinggalkan sedikit pandangan untuk dikongsikan bersama.
(peristiwa ini tidak ada kena mengena dengan unsur2 kelucahan sekadar pengamatan penulis-Ibn Umar At-Takyi)

1 comments:

nurliani ahmad mustafa said...

ish2...
xmalu sungguh depa!!!

Post a Comment