KEMBARA SUFI: LIMA SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Thursday, June 18, 2009
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

-IBN UMAR ATTAKYI: insan berdosa mendambakan secebis keampunanMU YA RABBI

kembara sufi: PUISI HIDAYAH

Tuesday, June 16, 2009


Demi masa…..
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
Lalu teramat rugilah rasanya aku
Amalku sekelumit cuma
Sedang usia telah kuhabiskan sesuku abad

Ya Ilahi,
Apakah kan ku punya zuriat yang soleh?
Buat mendoakan rohku dan menghadiahkan Fatihah buatku nanti?
Sedang di zaman ini jarang terdapat anak-anak yang pandai mengaji
Demi masa yang terus berlalu
Akan adakah yang mengajarku kalimah Syahadah waktu rohku akan berlalu?
Atau adakah aku akan mati kesepian, bersendirian

Ya Ilahi,
Akhir-akhir ini ku soal diriku
Pernahkah aku berpesan-pesan kepada kebenaran?
Dan pernahkah aku berpesan-pesan kepada kesabaran?
Malangnya tiada dapat ku jawab soalan itu
Kerana penilaian adalah di tanganMu!


Taubat hanya akan diterima dengan syarat:

 Menghentikan maksiat.
 Menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur.
 Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah.
 Taat kepada Allah dan menyelesaikan urusan yang ada hubungan dengan manusia.

KEMBARA SUFI: Lelaki, Kucing & Ahli sufi


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??" Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA." Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.......

رثاء المدن الأندلسية-لأبي الطيب الرندي

Friday, June 12, 2009

حي معا أن نستمع إلى هذه القصيدة

video

catatan: bila nak berjaya, berubah, buat baik???

Wednesday, June 10, 2009


kita sering melihat kejayaan orang lain dan kita juga sering memuji kejayaan orang lain tanpa mengetahui bahawa orang yang berjaya itu adalah insan biasa yang berusaha secara luar biasa. kita sering mengukapkan " tak apelah dia pandai", " nak wat camna rezeki dia", "ala, aku ini tak pandai macam dia.....dan pelbagai lagi alasan orang yang malas membuat anjakan perubahan di dalam diri sendiri. kita sepatutnya menanam sikap "cemburu positif" terhadap kejayaan orang lain. sekiranya dia mampu mengapai kejayaan tersebut, aku pun mampu juga malahan aku ingin lebih berjaya daripada dia.

kita sering mengharapkan perubahan yang panjang di dalam diri kita sebagai manusia yang senantiasa terdedah dengan gelombang godaan duniawi. ya, aku teringat kata-kata mentorku sewaktu beliau memberi ceramah, kata beliau: " ingatlah, apabila seseorang itu hendak berubah,cabaran yang pertama perlu dihadapinya ialah orang yang paling hampir dengannya''. aku mengkaji, menganalisis kata-kata ini secara mendalam.akhirnya kutemu jua jawapannya. sebenarnya, seseorang yang melakukan perubahan yang mendadak akan mengejutkan ramai rakan-rakan kenalannya. mereka inilah cabaran pertama yang perlu ditempuhi. "apala, baru balik dari program 3 hari,sudah nak tunjuk baik, poyo la kau ni!!!...ini adalah ungkapan yang mampu melemahkan semangat seseorang yang ingin berubah. jadi, pada pandanganku, perubahan perlukan kekuatn mental yang mendalam. ramai manusia yang berubah sekerat jalan. malamnya bertahajud, bertaubat meninggalkan dosa ,siangnya mengulanginya kembali. bak kata pepatah: hangat-hangat tahi ayam.

aku sering melihat ramai orang berusaha melakukan kebaikan, tanpa berwaspada dengan kejahatan. ibarat robin hood yang mencuri harta raja, dan memberikannya kepada golongan miskin. kita sebagai manusia wajar sedar bahawa berwaspada terhadap mungkar dan kejahatan juga merupakan kebaikan kerana seribu kebaikan yang dilakukan, tiba-tiba terselit satu kejahatan, yang dikenang orang hanya satu kejahatan tersebut, bukan seribu kebaikan itu. fikir-fikirkanlah.

kesimpulan, kita sering melihat orang lain merebut peluang kejayaan daripada kita...bila pula kita yang akan menikmati kejayaan tersebut??? kita sering mengharapkan perubahan..adakah perubahan kita berkekalan????kita sering melakukan kebaikan....adakah semuanya kebaikan hakiki???.....buka minda,tanya diri kita....

- sekadar paparan minda ibnu Umar At-Takyi.....

catatan: KAGUM

Thursday, June 4, 2009
Baru-baru ini aku terkesempatan menonton satu rancangan bual bicara WANITA yang berlangsung di TV3. kebetulan tetamu yang diundang merupakan barisan pelakon filem terbaru SYURGA CINTA termasuklah pengarah atau penerbit(x pasti yang mana satu) filem sendiri, Mr. David teo. Di antara barisan pelakon yang turut serta di dalam rancangan bual bicara tersebut aalah Haliza AF(x ingat AF yang ke berapa heh..heh..), adik Haziq dan Awal AShaari.






Aku tak sangat memberi tumpuan terhadap apa yang diperbualkan oleh mereka. cuma tiba2 telinga aku berdesing mendengar beberapa ayat jawapan yang dikemukakan oleh Mr. David Teo tatkala ditanya oleh moderator rancangan bual tersebut.berdesing bukan marah tetapi KAGUM. nak tahu apa jawapannya?sewaktu ditanya oleh moderator kenapa memilih Haliza sebagai pelakon?beliau dengan tenang menjawab begini....wanita di luar sana kena baca jawapan beliau lebih kurang beginI.." saya memilih Haliza sebagai pelakon kerana ingin mencari artis yang bertudung, bukan sahaja di dalam filem malahan di luar fiem". faham. maksud beliau artis yang berterusan memakai tudung samada di dalam filem atau luar filem. terkesima aku dibuatnya dengan jawapan tersebut. nah, orang bukan Islam hari ini yang berdiri tegak membicarakan syariat Islam, tetapi merupakan satu kesedihan apabila orang Islam itu sendiri yang bangun menentang syariat Islam tersebut.betudungkan dituntut dalam agama.



jadi, kesimpulannya, adik2 yang di luar sana sekiranya masih malas dan belum sedar lagi nak bertudung, walaupun sudah puas mak bapa beri nasihat, dengarlah nasihat dan pandangan daripada orang bukan Islam yang memahami Islam ini, mudah2an antunna suma terbuka hati untuk bertudung.persoaalanya, bila lagi nak bertudung????


- sekadar pengamatan penulis: IBN UMAR AT-TAKYI

catatan: oh AL-KHAIRIAH!!!!

Wednesday, June 3, 2009
Sedih,gembira, rindu dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur aduk tatkala mengenang kembali lipatan sejarah proses menimba ilmu di medan AL-KHAIRIAH sekolah yang tercinta ini....
Bergelumang dengan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi diselitkan dengan memori-memori indah perjuangan bersama rakan-rakan, gelak tawa berirama harmoni bersama guru-guru tercinta......namun semua ini terselit kemas di dalam lipatan sejarah diari hidupku.... baru kini kusedar amsal arab yang berbunyi.....ليت الشباب يعود يوما

ikhlas kunukilkan... di sinilah minatku bermula...... di sini lah ku bina tugu keyakinan... di sinilah kupahatkan sebutir harapan.... yang kini kian menyinar menuju puncak kejayaan... kepada AL-KHARIAH, terima kasih kuucapkan... jasamu tetap kukenang...

kusertakan di sini bait-bait lirik nyanyian kumpulan nasyid UNIC yang kutujukan khas untuk AL-KHAIRIAH tercinta:

Bertahun lama aku meninggalkan

Laman sekolah yang penuh kenangan

Memori indah mengusik di jiwa

Suka dan duka dalam mmburu cita

Masih terbayang kenakalan teman

Usik - mengusik senda gurauan

kIni setelah kita berjauhan

Semuanya itu tetap menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingtan kali pertama berkenalan

senyuman mesra Menyimpulkan tali persahabatan

hingga kini msih ku simpan untuk semangat buat bekalan

pesanan guru menyalakan obor penyuluh kejayaan

dan di sinilah tempat ku berlari

jatuh tersungkur bangun kembali

biar diranjau onak yang berduri

segalanya tak ku peduli

terkadang cinta jadi permainan

namun di situ ku temu iktibar

makin ku sedar erti kehidupan tak semudah yang difikirkan

buat sekolahku kau amat kurindu

tempat bermula ku menimba ilmu

jasamu guru mendidikkan ku

namamu harum di dalam ingatanku

sekadar catatan daripada IBN UMAR AT-TAKYI pabila memori itu singgah sebentar di benak fikiran...... SYUKRAN AL-KHAIRIAH......

المخيم العربي SBPI GOMBAK 2009

Tuesday, June 2, 2009
أقام نادي اللغة العربية وآدابها بالجامعة الإسلامية العالمية المخيم العربي في 23-24 مايو 2009 . وهذا المخيم الذي يشتركه ثمانون طالبا من سنة الثالثة الثانوية من مدرسة ذات القسم الداخلي المتكاملة بكومبق يهدف إلى الأهداف الآتية :ا

أولا: غرس حب اللغة العربية في نفوس الطلبة

ثانيا: تشجيع الطلبة على التكلم باللغة العربية

ثالثا: تقوية الروابط بين الطلبة

وفي هذه اللحظة، وضعت لكم بعض الصور التذكارية حول البرنامج لعلكم تتمتعون بها:ا


رئيس البرنامج.. هل هو وسيم؟



صف المسهلين والمسهلات



الشباب المسلم... عماد البلاد... لوئ الوطن



الاستاذات من تلك المدرسة... لماذا يفرحن؟؟؟


النشاط الجماعي



التقديم




لعبة اللغة العربية


الليلة الثقافية



ish2 ..لقد حزنت


قيام الليل

بعد قيام... جلوس



eh....صلاة أو نوم؟؟؟



الآن... النوم... الشهيدة




الرياضة


واحد ...اثنين... ثلاثة... eh eh... أنا أسقط







ewah....ewah..poco2




المغامرة (explorace)





الحفلة الاختتامية



هذه مجموعتي... أه..أه


أثناء ارسالهم إلى الحافلة لرجوع إلى المدرسة




لا تتركوني.... أوه...أوه



أرجو منكم أن تتمتعوا بهذه الصور...... لا تغضبوا....نراكم على الخير